Thursday 6 August 2015

5 Kelebihan Mandi Malam Yang Ramai Tak Tahu !!!

5 Kelebihan Mandi Malam Yang Ramai Tak Tahu !!!





Bagi yang suka mandi pada waktu lewat malam pastinya sering ditegur atau dileter ibu atau isteri kerana bimbang anda menghadapi masalah paru-paru berair. Tetapi nyata pemikiran keburukan mandi malam itu sebenarnya hanyalah mitos sahaja.


Penemuan  bidang perubatan yang membuktikan bahawa dengan tanggapan bahaya mandi malam boleh menyebabkan masalah paru-paru berair adalah mitos sahaja. Sebaliknya terdapat 
banyak kelebihan mandi malam yang boleh  diperoleh sekiranya mandi malam.




Mitos Mandi Malam



1. Fakta Mandi Malam: Fikiran lebih tenang
Biasanya, mandi pada waktu pagi akan membuatkan anda tertekan kerana mengejar masa untuk ke pejabat. Tetapi, anda tidak perlu memikirkannya apabila mandi pada waktu malam. Malahan,, anda boleh mandi dengan lebih tenang. 

2. Fakta Mandi Malam: Turunkan tekanan darah
Mandi pada waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah anda. Apatah lagi dengan mandi menggunakan air suam. Selain itu, mandi malam juga dapat mengelakkan anda daripada tekanan kerja-kerja rutin seharian. 


3. Fakta Mandi MalaMeregangkan otot

Sesetengah otot agak tegang kerana seharian melakukan aktiviti. Maka, mandi selepas pulang dari pejabat dapat membantu anda mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan. 

4. Fakta Mandi Malam: Segar dan santai

Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk. Jadi, mandi selepas pulang dari pejabat akan membuatkan anda lebih santai dan badan bertambah segar. Malah badan yang bersih serta segar akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak. 


5. Fakta Mandi Malam: Masa lebih lama 
Ketika mandi malam, anda mempunyai masa yang lebih lama berbanding mandi pada waktu pagi. Pada waktu ini anda mungkin boleh melakukan lulurm masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan. Secara ringkasnya anda dapat membersihkan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu badan anda lebih bersih dan sihat. 


sumber : Yahoo health

No comments:

Post a Comment