Tuesday, 11 August 2015

Inilah Ujian Paling Tak Masuk Akal Untuk Jadi Askar Di Indonesia !!!!

Gempar !!! Wanita Indonesia Kena Buat Ujian " DARA " Untuk Jadi ASKAR !!!



HRW menyifatkan amalan pemeriksaan tersebut sebagai keganasan berasaskan jantina dan mendakwa ia tidak disokong secara saintifik sebagai kaedah membuktikan seseorang wanita itu berstatus dara. – Foto AFP

JAKARTA: Kumpulan hak asasi mendesak agar Indonesia menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai pasukan tentera republik itu, dengan menyifatkan prosedur tersebut sebagai ‘zalim, tidak berperikemanusiaan dan mejatuhkan maruah’, lapor portal berita BBC.

Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) berkata, temu duga dengan calon wanita dalam tentera itu melibatkan pemeriksaan status dara ‘menggunakan dua jari’. Ujian itu dikatakan turut dilakukan ke atas wanita yang mahu berkahwin dengan pegawai tentera.

Pasukan keselamatan negara itu mempertahankan ujian tersebut dengan menyatakan bahawa individu yang rendah moral dikhuatiri akan ‘menjatuhkan imej tentera’.

Mereka bagaimanapun menafikan ujian berkenaan dijalankan ke atas mereka yang merancang untuk berkahwin dengan anggota tentera.

Pasukan polis negara itu juga berdepan dengan kritikan tahun lalu apabila memaksa calon wanita melakukan ujian pemeriksaan itu.

HRW dalam sebuah kenyataan menyatakan, pihak tentera patut segera menghentikan ujian dara tersebut yang dianggap zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Kumpulan itu menyifatkan amalan pemeriksaan tersebut sebagai ‘keganasan berasaskan jantina’ dan mendakwa ia tidak disokong secara saintifik sebagai kaedah membuktikan seseorang wanita itu berstatus dara.

HRW telah menemu bual 11 rekrut dan tunangan para pegawai anggota keselamatan yang telah menjalani pemeriksaan itu di hospital-hospital tentera di beberapa bandar di seluruh Pulau Jawa.

Mereka juga telah mengambil keterangan mereka yang terlibat dalam menjalankan pemeriksaan itu.

Responden yang telah diperiksa mengikut kaedah itu mendedahkan bahawa amalan itu menyakitkan, memalukan dan meninggalkan trauma, lebih-lebih lagi apabila yang memeriksa mereka ialah lelaki.

Individu tidak bermoral

Ujian berkenaan merupakan amalan standard selama berdekad-dekad lamanya dan seorang pegawai tentera udara yang telah bersara mengesahkan pernah melalui ujian itu pada tahun 1984.

Dia berkata, empat tahun kemudian dia telah berkahwin tetapi tidak dapat menjalinkan hubungan seks dengan suaminya selama berbulan-bulan ‘kerana trauma yang dialami sewaktu membuat ujian pemeriksaan itu’.

Namun begitu, jurucakap tentera Fuad Basya mempertahankan rasional ujian tersebut iaitu demi mencegah wanita tidak bermoral daripada menyertai angkatan tentera.

“Jika orang tersebut meyertai tentera, dia akan mencemar nama baik tentera yang memikul tanggungjawab besar.

“Mereka bertanggungjawab ke atas kedaulatan negara, penyatuan wilayah dan keselamatan bangsa,” ujarnya.

Laporan HRW itu diketengahkan sempena sebuah mesyuarat yang bakal berlangsung minggu depan di Bali anjuran badan yang menjayakan kerjasama antara perkhidmatan perubatan angkatan bersenjata di seluruh dunia iaitu Jawatankuasa Antarabangsa bagi Perubatan Ketenteraan.

No comments:

Post a Comment